-->

SweetKitchen.com

  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
** thank you kerana sudi singgah sini..selamat mencuba ok ** (^_^)

~ puding roti pelangi~

6 budak comel komen
Assalamualaikum...




Teringin nak makan puding roti..tapi biasanya yang bakar atau kukus tu sedap kan..tapi dek xde oven,buat puding macam biasa je..just letak dalam peti ais..sedap jugak..hihi..

Bahannya :

-4 keping roti..biasa guna yang gardenia tu..saya guna roti sosej je..ikut je roti pe:)
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 170 ml susu cair
- 10 gm serbuk agar2..
- 1/2 cawan gula..boleh kurangkan ikut kemanisan yang kita nak
- 2 sudu besar butter...cairkan
- 3 1/2 cawan air
- pewarna yang kita nak hiaskan..saya guna serbuk koko,pewarna biru dan kuning..hijau tu hasil campuran biru dan kuning...setiap 1 warna dicampur dengan setitik air panas..

Caranya :

- didihkan 3 cawan air dalam periuk bersama serbuk agar2 dan gula...
- blend roti,telur,susu pekat,susu cair dan balanced air 1/2 cawan tadi...
- masukkan dalam periuk agar2 tadi..
- masukkan butter dan kacau rata sampai mendidih..matikan api
- bahagi kepada 2 bahagian..1 yang asal diletakkan dalam loyang...dan selebihnya dibahagikan kepada beberapa warna yang kita nak..
- titiskan warna2 tadi di atas warna asal tadi..titis slow2 ye..nanti warna comot ke bawah:)
- sejukkan dulu beberapa minit pada suhu bilik...baru la dimasukkan dalam peti ais sekurang2nya 2 jam...siap:)

selamat mencuba

suka?LIKE je ;)

~Ikan talapia masam manis~

1 budak comel komen
Assalamualaikum..




Nak habiskan stok ikan ni..tak tahu nak masak pe..goreng saja kang xsedap pulak kosong..so buat masam manis versi jordan..sebab bahan yang ada kat sini je..takde bahan lain..huhu


Bahan2 :

1 ekor ikan talapia..digoreng dengan serbuk kunyit dan garam..

Bahan kisar:

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan lain :
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Sayur2 an dan nenas kiub jika ada..

Caranya :

- tumis bahan kisar hingga garing,
- masukkan cili kering biar pecah minyak
- masukkan sos cili,sos tiram,sos tomato..biar hingga mendidih
- masukkan air jika nak berkuah
- dan sayur jika suka..
- matikan api, tuang kuah tadi atas ikan..siap!:)
xpun masukkan je ikan tu dalam kuali dan gaul sebati..

selamat berpuasa ye

suka?LIKE je ;)

~ ayam masak sos tiram~

0 budak comel komen

Assalamualaikum...

ni menu ringkas je..senang bagi sape2 yang malas masak macam saya ni..hihi...




bahan-bahan :

ayam
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam...
- goreng ayam yang telah diperap dengan kunyit dan garam..goreng separuh masak..angkat..

bahan hiris halus :

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji lada besar

bahan lain:

1 biji tomato dibelah 4
1 batang carrot hiris batang mancis
4 batang buncis hiris serong
3 sudu besar sos tiram
sedikit air untuk kuah
garam gula secukup rasa

cara-cara :

- panaskan sedikit minyak..tumis semua bahan2 yang dihiris halus tadi..
- bila naik bau, masukkan carrot, sos tiram, ayam goreng tadi, tomato,buncis, air, gula dan garam...masak hingga kuah mendidih dan ayam masak sepenuhnya...kuah biar pekat sedikit...
- siap! senangkan?:)


selamat mencuba:)



suka?LIKE je ;)

~Ayam minang~

2 budak comel komen
Assalamualaikum...


Tak tahu nak buat pe untuk berbuka nanti? Dah jemu lauk yang sama? Meh kita masak ayam minang:) resepi ni ringkas,saya belajar dari senior kat sini..k.ima...:) k.ima,saya letak resepi kat sini supaya senang rujuk esok2.. hihi...sedap sangat..walaupun lauk ni agak kering,tapi dimakan dengan nasi panas2 sedap:)




Bahan diblend sekali..tapi jangan hancur sangat ye... :

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil air lemon atau cuka
5 biji lada besar hijau
2 biji lada merah
1 biji tomato

Ayam pula digoreng Dengan garam kunyit sehingga masak..

Caranya :

Tumis bahan blend tadi hingga garing, masukkan garam dan gula...kemudian masukkan ayam goreng tadi...siap!

Rasanya pedas2 masam masin..memikat selera:) cuba ye...

suka?LIKE je ;)

~Kangkung goreng berlada ikan masin~

1 budak comel komen
Assalamualaikum...

Jarang orang masak kangkung letak ikan masin kan..biasa tanya orang dia just masak letak belacan je..hihi..ni saya cuba letak ikan masin.sedap la..:)




Bahannye yang ditumbuk halus :

1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji lada besar
1 inci belacan

Bahan lain :
1 ikat kangkung dipotong ikut suka dan basuh
1 ekor ikan kering atau masin yang telah digoreng diambil isinya dan dihiris halus2..
garam dan gula secukupnya

Cara :
- tumis bahan yang ditumbuk tadi,goreng hingga naik bau
- masukkan ikan masin dan kangkung...goreng hingga kangkung layu...
- perisakn dengan garam dan gula secukup rasa...siap!

Selamat mencuba;)

suka?LIKE je ;)

~Ikan talapia goreng berasam jawa~

0 budak comel komen
Assalamualaikum..

Hari tu teringin nak makan ikan talapia stim cicah air asam..uish! Sedap tu! Tapi apakan daya xde pengukus nak stim..huhu..so buat la resepi mak ni..biasa mak buat untuk ikan bawal..tapi saya guna untuk ikan talapia...rasa masam2 pedas..sedap..lebih kurang macam cicah air asam..hihi..ringkas je..jom tengok!




Bahan ditumbuk :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
4 biji cili besar atau cili padi...ikut kepedasan korang nak...

- Sediakan air asam jawa..1 mangkuk kecil..ikut kemasaman anda mahu
- goreng ikan yang digaul bersama garam dan kunyit..

Caranya:

- tumis bahan ditumbuk hingga naik bau...masukkan air asam jawa,gula dan garam...gula saya letak lebih kurang dua sudu untuk seimbangkan masam manis
- masukkan ikan tadi dan biar pekat kuahnya...sedia untuk dihidang..
Senangkan? Selamat mencuba;)

suka?LIKE je ;)

~Kari ikan patin kaw!~

1 budak comel komen
Assalamualaikum...

Dinner malam ni lauk ikan patin...ikan ni sedap dimasak tempoyak sebenarnya..tapi sebab tempoyak xde kita masak kari ye..asam pedas pun sedap jugak:)




Bahan2:

Untuk 3 orang makan..
1 ekor ikan patin dikerat beberapa bahagian..
4 batang bendi
1 biji ubi kentang dibelah 4
1 biji tomato dibelah 4
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari ikan dicampur sedikit air
4 sekawan iaitu kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang,bunga cengkih..
Gula,garam

Bahan diblend bersama :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

cara :

- tumis bahan diblend hingga wangi bersama 4 rempah sekawan..
- masukkan cili kisar dan kari yang telah dicampur air..tumis hingga pecah minyak..
- masukkan ikan,ubi dan air untuk dijadikan kuah
- masak sehingga ikan masak dan ubi empuk..
- bila ikan dah masak,masukkan bendi,tomato,garam dan gula secukup rasa..
- siap!;)

kari kaw tanpa santan

suka?LIKE je ;)

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

blog ini mempunyai bermacam-macam resepi yang telah saya pelajari samada dengan ibu saya, kawan saya dan juga dari cubaan resepi blog-blog lain...
berbagai resepi akan dipostkan seperti kuih muih, dessert,lauk pauk,kek,western dan cookies...selamat mencuba(^_^)
** be my follower **

Followers

my another blog...

  • ~ KaiSara AiMan PunYe Blog~
    Selamat hari lahir kakak aisyah ;)
    10 years ago

Facebook Badge

Kaisara Aiman

Create Your Badge

Blog Archive

  • ▼ 2012 (18)
    • ▼ July (7)
      • ~ puding roti pelangi~
      • ~Ikan talapia masam manis~
      • ~ ayam masak sos tiram~
      • ~Ayam minang~
      • ~Kangkung goreng berlada ikan masin~
      • ~Ikan talapia goreng berasam jawa~
      • ~Kari ikan patin kaw!~
    • ► June (2)
    • ► April (1)
    • ► February (8)
(
Shout
silent reader(s)
 

SweetKitchen.com Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez