-->

SweetKitchen.com

  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
** thank you kerana sudi singgah sini..selamat mencuba ok ** (^_^)

~ KARI DAGING ~

5 budak comel komen


Assalamualaikum...

daging kari ni sangat-sangat la simple bahannya...nak post pun malu sebab memang resepi dila simple sangat! tambah-tambah bagi dila yang duk di jordan ni..takde bahan sangat..so guna yang ada je...campak-campak dan main masak-masak macam kanak-kanak tu...hihi..tapi disebabkan kawan nak,dila bagi juga resepi ni...kalau korang tengok konfem korang geleng kepala...huhu..resepi simple yang semua orang tahu....


bahan-bahan :

setengah kilo daging yang telah dipotong kecil( setengah plastik)

1 biji bawang besar (blend)

1 inci halia (blend)

1 plastik kecil serbuk kari ( dicampur dengan semangkuk air-mangkuk kecil)

2 biji bunga lawang

3 biji buah pelaga

3 biji bunga cengkih

1 biji kulit kayu manis

1 s/b serbuk cili

1 mangkuk air

2 s/b santan atau susu cair

1 s/k garam

1 s/k gula


cara-cara:

- disebabkan daging kat sini liat,dila rebus dulu daging dengan semangkuk air dan secubit garam sehingga daging betul-betul empuk...lebih kurang 1 jam..slowkan api...bagi yang kat malaysia tak perlu rebus...

- dalam periuk lain,panaskan sedikit minyak...tumis bahan yang diblend bersama dengan bunga cengkih,bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau...

- masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan semangkuk kecil air...kacau sehingga pecah minyak...

- masukkan daging yang telah empuk tadi dan kacau supaya sebati dengan rempah kari tadi..masukkan semua air rebusan daging tadi dan santan dan tutup periuk...biarkan selama 30 minit dengan api yang sangat perlahan...(supaya kari lebih meresap ke dalam daging)

- bila dah sampai 30 minit, kacau kari tadi dan masukkan garam,gula dan serbuk cili...kacau sehingga sebati...

- siap! simple kan?semua orang tahu..cuma cik abang kata teknik dila pelik..pelik ke?hehe...biar la..asal sedap dimakan...

** s/k = sudu kecil
** s/b = sudu besar
** kalau kari terlalu kering ketika dibiarkan selama 30 minit tu,tambah sedikit air...
** dila kurangkan santan dan kadang2 tak guna langsung..sedap bila kari pekat tanpa santan..kaw2!


selamat mencuba ye!(^_^)


suka?LIKE je ;)

~ roti jala jaringan kalbu ~

2 budak comel komen


Assalamualaikum...

Roti jala jaringan kalbu..wah2! nama bukan main lagi ye...hehe...ok..terus kepada resepi...(^_^)


bahan-bahan :

450 gm gandum

1 camca garam

1/2 camca serbuk kunyit

400 ml susu segar atau susu cair(2 cawan biasa)

3 biji telur(dipukul sedikit)

250 ml air ( 1 cawan)

2 s/b mentega air atau minyak masak

sedikit minyak untuk lenser dalam kuali


cara-cara:

- simple je cara dia..bagi sesape yang ada mixer,guna mixer..sesiapa yang takde macam saya ni just guna blender ok...

- masukkan tepung gandum yang telah diayak ke dalam blender

- masukkan garam,serbuk kunyit, susu segar,telur,air dan mentega cair..

- blend sehingga adunan tidak bergentel...ketepikan adunan selama 20 minit...

- panaskan pan yang tidak melekat dengan sedikit minyak..just sapu sikit2 je..

- masukkan adunan tadi ke dalam acuan jala, jala membulat dari arah lawan jam..goreng jangan terlalu garing..just 1 minit

- siap!


selamat mencuba (^_^)


suka?LIKE je ;)

~ mee goreng simple tapi sedap!! ~

0 budak comel komen

Assalamualaikum...

tak nak cerita panjang dah...terus kepada resepi...hehe.


bahan-bahan :

1 plastik mee atau spagheti

1 mangkuk kecil isi ayam yang dihiris nipis

1/2 biji bawang besar

5 tangkai cili kering yang telah direbus

1 sudu kecil garam

1 sudu besar gula

2 sudu besar pes tomato

1 mangkuk kecil sawi

1 biji lada merah

2 sudu besar kicap cair manis


bahan-bahan:

- bawang besar dan cili kering diblend hingga halus

- tumis bahan blend tadi sehingga naik minyak

- masukkan pes tomato, gula dan garam..kacau

- masukkan isi ayam dan sedikit air..tutup kuali supaya ayam cepat masak

- bila ayam dah masak, masukkan sawi , mee, kicap cair, lada merah...kacau hingga rata...

- siap!! hias la dengan daun bawang, bawang goreng...sedap2 ^_^



selamat mencuba (^_^)



suka?LIKE je ;)

~ pau putih berseri! ~

0 budak comel komen


Assalamualaikum...(^_^)


ok..hari ni disebabkan takde kerja...dan tak tahu nak buat ape..so, dila belajar buat pau! godek2 resepi dalam internet,jumpa resepi yang bahan-bahan dia ada kat rumah dila ni....so simple!! cuma 1 je..dila main campak-campak je berapa kilo gandum,gula dan semua la..sebab nak buat sikit je...nak try jadi ke tak guna kukus dila ni..bukan periuk kukus pun..just loyang yang berlubang-lubang tu...tapi letak dalam periuk lain...huahua....

ingat tak jadi,tapi jadi gak!!cuma tak berapa gebu sebab ada bahan yang takde kat rumah, dila tak campur la..huhu...tapi resepi kat bawah ni lengkap....jom tengok!

bahan-bahan :

300 g tepung gandum(kalau ada tepung pau tak yah guna baking powder)

6 g baking powder

1 sudu garam

1cawan air suam

2 sudu kecil dry yis

30 g gula halus

18 g lemak sayur


cara-cara :

- masukkan tepung gandum,baking powder dan garam dalam bekas,kacau rata

- dalam bekas lain campurkan air suam,gula dan yis..kacau biar gula hancur

- masukkan campuran air tadi ke dalam bekas berisi gandum tadi...uli hingga licin

- masukkan pula lemak sayur, uli hingga jadi doh dan licin...buat bulat

- naikkan doh tadi dengan biarkan selama 30 minit....

- nak uji naik ke tak, tabur tepung sikit atas dia,buat lubang dengan jari..kalau lubang naik la tuuu...

- tekan-tekan untuk keluarkan angin...bahagikan kepada 8 bahagian dan bulat-bulatkan...

- masukkan inti dan rehatkan selama 5 minit..

-kukus selama 15 hingga 20 minit...siap!! (^_^)


sebab tak letak lemak sayur dan yis banyak la yang dila punya tak gebu sangat..tapi still sedap!!buat 3 4 biji je....hilangkan rasa mengidam tak jumpa pau kat sini..hehe...


selamat mencuba (^_^)




suka?LIKE je ;)

~ spagheti bolognes simple ~

0 budak comel komen


Assalamualaikum...

 resepi spagheti bolognes ni sangat simple jika dibandingkan dengan resepi lain...ini yang dila buat la..simple,senang buat bila nak makan malam...dan pedas membuatkan selera bertambah!hehe...

bahan-bahan :

1 paket spagheti bolognes - direbus sehingga masak(empuk)

1 mangkuk kecil daging cincang - ikut suka nak banyak mana makan daging

1 biji bawang besar

5 tangkai cili kering yang sudah direbus

2 sudu besar pes tomato

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil gula


cara-cara:

- blend bawang besar bersama dengan cili kering yang telah direbus

- tumis bahan blend tadi sehingga naik minyak...

- masukkan pes tomato dan daging cincang...tutup kuali supaya daging mudah masak dan empuk

- bila dah menggelegak,masukkan garam dan gula...

- tunggu sehingga kuah agak pekat dan hidang di atas spagheti...siap!!



selamat mencuba (^_^)...senang kan??

suka?LIKE je ;)

~ donut ballz gebu ~

3 budak comel komen


donut ball ni memang gebu...dila belajar buat dengan kak ima...ingatkan susah nak buat,tapi senang! cuma atas diri kita je nak buat ke tak nak kan...jom tengok resepi ni!;)


 bahan-bahan :

300 gm tepung gandum (2 cawan setengah)

2 s/k yis kering

1 s/k garam

3 s/b susu pekat manis ( bancuh dengan 200ml air)

1/4 cawan minyak masak/marjerin 2 s/b


cara-cara :

- campurkan tepung dan yis biar sebati

- masukkan minyak/marjerin

-taburkan garam

- masukkan susu pekat yang dibancuh tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung

- uli tepung sehingga menjadi doh

- buat bulat-bulat dan biarkan selama setengah jam sehingga naik ( lagi lama lagi bagus)

- goreng sehingga kekuningan dan celup ke dalam gula..

** boleh dipelbagaikan salutan  donut seperti coklat cair,taburan walnut dll...**



suka?LIKE je ;)

~ kuih keria aka kuih gelang ~

0 budak comel komen





** Assalamualaikum **

ok...hari ni baru nak post entry yang kedua iaitu resepi kuih keria atau dipanggil kuih gelang...sebab rupa dia macam gelang....hihi...kuih ni paling senang atas dunia...tengah-tengah pejam mata pun boleh buat...erk..yeke?:P...ok...jom tengok!!


Bahan-bahan :

500 gm ubi keledek putih or kuning

1 cawan tepung gandum

sedikit garam

3 sudu besar gula

sedikit air


cara-caranya :

- rebus ubi dengan garam sehingga ubi empuk

- lenyek hingga hancur ketika ubi masih panas

- rehatkan ubi dahulu sementara menunggu ubi betul-betul sejuk

- bila dah sejuk masukkan gandum dan uli hingga sebati

- buat bentuk macam gelang dan goreng dengan api perlahan

- bila kuih dah masak,didihkan gula dengan air hingga pekat

- masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata

- dah siap!jom makan (^_^)


suka?LIKE je ;)

~ Apam Balik Pujaan Hati ~

0 budak comel komen
** Assalamualaikum **.....

ok..first resepi kat sweet kitchen is apam balik pujaan hati...wah3! nama bukan main sedap lagi kan?nampak gambar ni pun macam sedap kan??memang sedap puuuuunnnnnnnnnnnn.....hehe(^_*)....resepi ni dila belajar daripada seorang akak senior kat sini..dia memang pandai masak...so dila and the geng belajar masak dengan dia..kira macam kursus la..kursus tak berbayar...baik kan?hehe...thank you so much untuk kak ima sebab sudi ajar kitorang masak...nanti belajar macam-macam lagi..tungguuuu....nak cuba masak jugak?jom tengok camne nak buat ni ye...



Bahan-bahannya :

2 cawan tepung gandum (250 ml 1 cawan)

1/2 cawan gula (125 ml)

1 s/k soda bikarbonat

1 biji telur ayam

1 1/2 cawan air

sedikit pewarna kuning


Bahan-bahan untuk inti :

sedikit kacang tanah yang telah dikisar halus

sedikit jagung di dalam tin

sedikit gula



Cara-cara :

- pukul/mesin telur dan gula sehingga kembang

- masukkan soda, air,pewarna kuning dan pukul lagi...

- masukkan tepung gandum dan biarkan adunan sekejap...(5minit)

- goreng adunan tadi membentuk bulat di dalam kuali yang leper dan tidak melekat

- taburkan sedikit kacang, jagung dan gula sebagai inti...siap!




suka?LIKE je ;)

Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

blog ini mempunyai bermacam-macam resepi yang telah saya pelajari samada dengan ibu saya, kawan saya dan juga dari cubaan resepi blog-blog lain...
berbagai resepi akan dipostkan seperti kuih muih, dessert,lauk pauk,kek,western dan cookies...selamat mencuba(^_^)
** be my follower **

Followers

my another blog...

  • ~ KaiSara AiMan PunYe Blog~
    Selamat hari lahir kakak aisyah ;)
    10 years ago

Facebook Badge

Kaisara Aiman

Create Your Badge

Blog Archive

  • ▼ 2012 (18)
    • ► July (7)
    • ► June (2)
    • ► April (1)
    • ▼ February (8)
      • ~ KARI DAGING ~
      • ~ roti jala jaringan kalbu ~
      • ~ mee goreng simple tapi sedap!! ~
      • ~ pau putih berseri! ~
      • ~ spagheti bolognes simple ~
      • ~ donut ballz gebu ~
      • ~ kuih keria aka kuih gelang ~
      • ~ Apam Balik Pujaan Hati ~
(
Shout
silent reader(s)
 

SweetKitchen.com Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez